Menteri beri amaran kepada penjawat awam


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusuf memberi amaran kepada semua pegawai dan kakitangan jabatan serta agensi bawahnya agar tidak sabotaj setiap dasar yang diperkenalkan.

Beliau juga berkata, tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya mendapati ada dalam kalangan mereka menggunakan kedudukan, mempertikaikan hala tuju kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Jangan ingat saya tidak tahu apa yang anda bincangkan sesama anda dalam aplikasi WhatApss,”

“Saya tahu semuanya, saya terima tangkap layar mengenai ‘perbincangan’ anda menentang dasar kementerian,”

“Lain kali, sebelum berbincang, kena tengok dulu siapa dalam kumpulan WhatApps itu,” katanya.



Menurutnya, semua menteri PH telah meletakkan dasar masing-masing dan mahu ia disambut baik oleh pegawai serta kakitangan, bukan disabotaj.

“Adalah perkara biasa kepada mana-mana menteri untuk memastikan dasar itu dihormati dan dipertahankan,”

“Kalau ada pihak tertentu dalam kementerian itu mempertikaikan, kami tidak teragak-agak mengambil tindakan kerana perbuatan mereka itu tidak membantu mengukuhkan hala tuju PH tahun 2020,” tambah Mujahid

Post a Comment

0 Comments