Belum sempat tahun pertama, Kerajaan PH dah merengek MAPS tak untung (ROI) ?


ULASAN:

Belum sempat tahun pertama, dah merengek MAPS tak untung (ROI)?

Pendekatan yang diambil oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk industri taman tema jelas menunjukkan perbezaan antara PH dengan Barisan Nasional (BN).

Biar saya jelaskan.

Industri taman tema ini agak luar biasa kerana ia berskala besar lantas perlukan pelaburan besar serta berterusan dan jangkamasa yang panjang untuk menjana pulangan.

Rugi pada tahap awal bukan bermakna negara rugi. Kita perlu lihat pada perspektif lebih luas iaitu limpahan perbelanjaan pelancong di hotel dan restoran tempatan serta perniagaan perniagaan berskal kecil, sederhana di sekeliling taman tema itu sendiri.

Selain cukai hiburan dikutip kerajaan bagi taman tema ini, cukai servis hotel, cukai keuntungan perniagaan, levi dikutip dari pelancong masuk ke dalam kantung kerajaan.

Sebab itu, taman tema berskala besar sering disokong, dibiayai dan dimiliki oleh kerajaan - seperti Disneyland Shanghai atau Disneyland Hong Kong.

Kisah taman MAPS di Ipoh, Perak ini agak sedih.

MAPS yang dimiliki oleh kerajaan Perak dibuka pada akhir bulan Jun 2017.

Selepas PRU14 pada bulan Mei 2018, kerajaan Pakatan Harapan Perak membuat pelbagai tuduhan terhadap MAPS.
Mereka kata MAPS mengalami kerugian selepas satu tahun dibuka.

Belum sempat tahun pertama, dah merengek MAPS tak untung?

Taman-taman tema lain perlukan masa yang lama untuk mula menjana keuntungan/return of investment (ROI). Ini sudah tentu dinyatakan pada pelan pembangunan taman tema ini. Bukan sekelip mata ia mampu meraih keuntungan. Ini realiti.

Disneyland Hong Kong pun perlukan masa 7 tahun sebelum mencatat keuntungan pertama:

Hong Kong Disney earns first profit in seven years since its opening
https://www.scmp.com/…/hong-kong-disney-earns-first-profit-…

Selepas itu, PH kata kos RM600 juta yang diperlukan untuk membina MAPS adalah terlalu tinggi.

PH seperti tak faham bahawa taman tema berskala besar dan bertaraf antarabangsa serta menerima kerjasama jenama terkenal antarabangsa memerlukan kos yang tinggi.

Misalnya, Legoland Johor perlukan kos RM1 bilion.

Kos taman tema baru di Genting pun cecah RM3 bilion.

Baca ini:
Oct 2019: Genting theme park cost to go above US$700mln: analyst
https://www.ggrasia.com/genting-theme-park-cost-to-go-abov…/

Masa itu, PH dakwa wujudnya pelbagai penyelewengan dan rasuah besar dalam pembinaan MAPS.

Mereka kata mereka akan siasat. Namun, selepas 19 bulan menyiasat mereka gagal membuktikan dakwaan mereka.

Oleh kerana PH terlampau pandai atau berlagak pandai dan mendakwa kos terlalu tinggi, mereka pun membatalkan lesen dengan Dreamworks Animation.

8 Ogos 2018: Perjanjian lesen DreamWorks di MAPS dibatalkan
https://www.bharian.com.my/…/perjanjian-lesen-dreamworks-di…

Ramai pelancong asing tak kenal Boboiboy. Mereka kenal Shrek, Madagascar, Kung Fu Panda dari Dreamworks. Ini satu strategi promosi untuk pelancong ke negara ini selain tarikan tarikan lain.

Dengan itu, daya tarikan antarabangsa terkenal dari DreamWorks tidak boleh digunakan untuk menarik pelancong asing lagi supaya PH boleh jimat kos anggaran RM15 juta setahun.

Selepas itu, kerajaan PH Perak batalkan juga syarikat pengurusan profesional yang dilantik kerajaan BN dahulu:

Oct 2018: Only World Group dips 1.48% after scrapping MAPS plan in Ipoh
https://www.theedgemarkets.com/…/only-world-group-dips-148-…

PH mahu uruskan MAPS itu dengan sendiri kerana mereka lagi pandai.

Lalu, caj kemasukan ke dalam taman tema dimansuhkan pada 1 Mac 2019.

Selepas itu, pekerja-pekerja MAPS dibuang kerana Menteri Besar kata MAPS perlu jimat kos.

Akibatnya, ramai pelawat mengadu bahawa hampir separuh tarikan di MAPS tidak berfungsi - kononnya dalam penyelenggaraan.

Rating dan pengesyoran yang diberi oleh pelawat semakin jatuh.

Pelawat semakin berkurangan kerana kurangnya promosi dan tarikan baru.

Akhirnya, bank mula mengambil tindakan kerana MAPS gagal untuk membayar hutang:

"10 Dis 2019: MAPS akan terus beroperasi, kata MB Perak"
https://www.sinarharian.com.my/…/MAPS-akan-terus-beroperasi…

Minggu lalu pula, MAPS terpaksa berhenti operasi untuk 2 hari pada ketika cuti sekolah kerana bekalan elektrik terputus.

https://rileklah.com/…/taman-tema-maps-dibuka-semula-hari-i…

Satu keadaan yang amat memalukan!



Tiada promosi secara besar-besaran, tiada tarikan baru.

Jumlah pelawat semakin merosot, rating semakin teruk dan daya tarik pelancong asing semakin terjejas.

Kerajaan tak patut biarkan situasi ini berterusan. Pilihannya cuma dua untuk kerajaan PH:

1) Sama ada tutup taman tema ini dan telan kerugian RM600 juta buat selama-amanya.
2) Atau suntik dana dan cari pelabur baru untuk menghidupkan semula MAPS.

Khazanah Nasional boleh memainkan peranan demi kepentingan nasional.

Khazanah adalah pemilik Kidzania, Legoland Johor, Sario Hello Kitty town Johor dan Thomas Town Johor.

Khazanah patut mengambil alih MAPS dari kerajaan Perak.

Khazanah juga patut menangguhkan rancangan mereka untuk tutup Hello Kitty & Thomas Town pada 31 Disember 2019 kerana ia langsung tak masuk akal untuk menutupnya sehari sebelum Tahun Melawat Malaysia 2020 bermula.

Dan sepatutnya, Khazanah melihat semula apa yang patut dilakukan pada Hello Kitty, bagi menjadikan ia lebih menarik dan bukannya membiarkan pelaburan hilang begitu sahaja.

Penambahan baik dan pembaharuan berterusan perlu ada.

Lepas itu, Khazanah patut melabur untuk membuat promosi bersama secara besar-besaran untuk Legoland, MAPS, Hello Kitty town dan Thomas Town untuk menarik pelancong asing.

Promosi perlu lebih kreatif serta strategik dan bukan sekadar melepas batuk di tangga.

Jika kita tarik 100,000 pelancong asing yang berbelanja RM3,000 seorang semasa tahun melawat Malaysia 2020, nilai pendapatan untuk negara sudah RM300 juta.

Post a Comment

0 Comments