DAP takkan tinggalkan PH sekalipun UEC tidak diiktiraf Tun M


Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari berkata kenyataan Nga Kor Ming bahawa DAP akan meninggalkan Tun Dr Mahathir dan PH sekiranya Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) tidak diiktiraf pada semalam hanyalah "ugutan kosong" sahaja.

Pemimpin PAS itu merujuk kepada kenyataan Nga yang juga timbalan setiausaha agung DAP dalam sebuah wawancara bahawa parti mereka mencapai kesepakatan tidak akan teragak-agak keluar dari gabungan parti kerajaan jika UEC tidak diiktiraf oleh Tun Dr Mahathir dan Pakatan Harapan.

Kata Fadhli, kenyataan Nga itu hanyalah sebagai untuk memberi tekanan buat Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

“Saya berpandangan bahwa DAP tidak akan sekali-kali keluar daripada PH sekalipun UEC tidak diiktiraf oleh kerajaan.

"Ini kerana kalau dilihat pada tahun 2018, (pemimpin veteran DAP) Lim Kit Siang pernah keluarkan kenyataan bahawa DAP akan keluar PH jika Malaysia Baru tidak dapat melaksanakan pembaharuan.

“Namun sehingga ke hari ini, DAP tidak pun keluar PH walaupun ada agenda yang dilaksanakan oleh Dr Mahathir tidak sesuai dengan kehendak DAP,” kata timbalan ketua Pemuda PAS itu dipetik HarakahDaily.

Semalam, Nga berkata DAP tidak teragak-agak meninggalkan kerajaan Pakatan Harapan jika ia tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), kata Timbalan Setiausaha Agungnya, Nga Kor Ming.

Menurut Nga lagi, semua pemimpin DAP sudah bersepakat mengenai hal ini.


Post a Comment

0 Comments